mengikut yang setia

malam lailatul qadar

ASSALAMUALAIKUM..
hye guys...
alhamdullilah..
da pose ke 22 ann??
ad yg miss x??
mesti ad kann....

da nk abiz pose nyh kan ??
soo Malam LailatulQadar hampir tiba..
btoi x??
korang tw x ap MAKSUD LAILATULQADAR??
xtw??
meh cnie aq nk terangkan ..


       10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan             kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
     Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang           menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. 
Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

KELEBIHAN MENGHAYATI MALAM LAILATULQADAR

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat


TANDA MALAM LAILATULQADAR



Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.

 - Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

HIKMAH MALAM LAILATULQADAR



Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

#hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka .    semoga Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikna dan keberkatan dari sebelum sebelumnya . Aminnnn!!

SUKA ? LIKE jer :)

berbuka puasa bersama kawan2

ASSALAMUALAIKUM...
salam ramadhan...
agak lme aq xupdate blog an..ase wndu plak at blog nyh...
mggu lpaz exam so xdpat la nk update...


pd 9/8/2011 (puasa kesembilan) aq n the geng berbuke puase bersme...
ISMA , AMIRA , ATIKAH , FATIHAH , JAMIDA..
cmpur AQ 6orang kesemuanye ..
kteorang semua bercadang nak berbuka puase 
dkat  RESTORAN LAZARIA...
ptg 2 ISMA , MIRA n TIKAH pergi la booking makanan..
masa2 dyowg bertiga nyh g booking n survey tempat 
aq g tolong JAMIDA dulu..huhu
rajinkan aq (perasan sekejap)..


dalam kol 7 aq n the geng pergi ke restoran 2...
n then aq tanye "korang order ap?"
dyorang pown ckap la order macam2..
nasi untuk 6orang makan , ikan siakap masak tiga rasa , tomyam
kailan ikan masin n air apple 1 jug..
mak aiyy !! terkezut koi kat situ ..
dyorang ingat perut kamiorang nyh TONG DRUM 
nak sumbat semua makanan 2..
makan hanya 6orang tp order macam makan 16orang...


nak dekat bebuka nyh makanan n minuman kami TAK SAMPAI lagi..
cube korang bayangkan kamiorang lapar n dahaganya..
tp minuman n makanan xsampai pown..
abang2 2 asyik sebok at akak2 student belakang kteorang jep..
sabo jep la !
isma ngan mira uat muke selambe g at abg yg amik order dyorang petang td..
mira : abg mne air kiteorang xciap lagi ker??
abg : ciap da .. x hidang jep lg??
so, isma ngn mira balik semula at tempat duduk..
lebih kurang 5 minit kowt air apple..
kami minum air 2 abiz troz..sampai ad yg xcukup..
bb terlampau dahage kot..
cian aq tgok mmbe2 aq..
haaa..1 ag masalah.. makanan pown xsampai lagi.. 
kami nyh da lapar..
tp tahan jep laa..
yg mira cian aq tgok..cam orang x tntu arah da...
asyik nak mrah jep..
so mira , isma n tikah g la sound abg yg amik order 2 ...

mira : abg lmbat lg ke mkanan kmiorg nk smpai??kami lapar
dah nyh..
abg : kejap dik,nak siap dah nyh sikit lagi,adq duduk tempat 
dulu jap lagi abg antar.
ada ker ptot dy soh kami tggu..dy ingt kami nyh ap TUNGGUL??
mira : xpela bang,kami nak bayar air jela,penat dah tggu..
abg : ehh adq,xblh la mcam 2,kami dah masak mkanan untuk adik..

pas 2 datang la plak dy pnye tauke..

tauke : nape nyh??
abg : adq nyh haa nak cancel mkanan..dy dah booking tp
makanan blom sampai..
tauke : bile dyorang booking??
abg : ptg td..
tauke : awk tau xmeja yg panjang tu booking semalam,
tgok mknan dyorang pun blom smpai lg..
mira : skrang nyh kami nak bayar air jep,makanan 2 cancel sbb lmbt cgat..
tauke : nak bayar air,hah byar jela air 2..
(copy n paste ayat isma)
sbb mse dyorang pegi sane aq xikowt..

hahahahahahaha...mmg podot la mke mase 2...
semua orang pndang..
tapi uat xtw jep..lntx la org nk ckap ap pown..
da la mgrib..time 2 semua orang ngah makan..
ishhh sedapnye !!
tp kteorg ad at ats jalan...


nyh time magrib..nak pegi mencari kedai..
dri kiri mira , jamida , isma , tikah n tiah..



tgok mke2 yg tgah lapar..ngah mengusha kedai..
tp kesian kedai semua penuh...


puas da kami melaro.. kami mengambil kptusan tok mkan at KFC shje...
kami terpakse la..bab da terlalu lapar..
nak makan at kedai , kedai semua da penuh...
so terpakse la...


akhirnya , tepat kol 8.00 sampai juga ke destinasi yang dituju..
fuhhh ! letihnye la...



  
haaa.. tgok isma 2..
walaupon tengah lapar..masih tersenyum.. 
huhu
yg tikah xsenyum da ...


yg nyh plak smgat.. nk pilih ap ..
tgok mira sampai bongkok2 tgok menu at atz 2 ..
hehehehe


isma hanye mampu mendengar saje...


mke lapar.. jamida hnye mmpu tersndar je..cian3x!
tggu makanan sampai...
hehehe

kami order set family feast..dlam klaparan nyh kami ttap mkan sopan..
huahaha..
da siap makan kamiorg balik la..
da knyg kan..uatpe tggu lame2 at situ..
  
kami wanted RESTORAN LAZARIA..
xnk da mkan at c2 ... 
ingat 2 WANTED !

sorry..lau ad silap ejaan..
k bubye guys..
see u again...

SUKA ? LIKE jer :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...