1.KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman
baikmu itu menyinggung perasaanmu.
Mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai
berubah dan mula berfikir tentang hati dan
perasaan orang lain.
2.BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memndam perasaan
jika kamu tidak menyenangi sikap teman-teman
di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang
agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan
meninggikan suara ketika berbincang.
3.IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu
berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan
teman di sekeliling akan lebih menghormati kita.
4.SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah
orang di sekelilingmu dan sudah tentu orang
lain juga akan menghormatimu.
5.JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling
percaya mempercayai menjadikan hubungan persahabatan
yang dijalinkan akan berjaya.
Sebaiknya, buang jauh-jauh sikap 'BERMUKA-MUKA'
kerana sikap itu dapat merenggangkan persahabatan.
6.SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka
buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah
persahabatan yang berjaya.
7.SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman
baikmu menyinggung perasaanmu.
Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu
perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan
positif terhadap diri kamu sendiri.
8.BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan
satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan
yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan
orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang
perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa
yang sama kamu pula mengambil kesempatan
ke atas mereka.
9.JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar
ketika berbicara dengan kawan-kawan sekeliling kamu.
Sikap 'LEPAS KATA' begini akan
mengundang perselisihan paham antara satu sama lain.
10.AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil
berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu
sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketikadia sedang susah
merupakan satu pengorbanan besar dan tanda
setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit sebanyak
masalah yang ditanggunginya akan
berkurangan. Tapi awas ! Jangan sampai nanti kamu tak tahan
telinga jika saban hari terpaksa mendengar
luahan masalaahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah
yang perlu diselesaikan !
No comments:
Post a Comment