mengikut yang setia

kita tidak tahu bila kita akan ditinggalkan , ataupun kita yang akan meninggal

Pernah tak korang terfikir yang suatu hari nanti, orang yang korang paling sayang akan tinggalkan korang selama-lamanya? Bila masa itu sampai nanti, kita dah tak dapat nak dengar suara orang yang paling kita sayang itu lagi, tak dapat nak cium dia, tak dapat nak dengar gelak-tawa dia, dan macam-macam lagi.
Pada masa itu, mesti kita akan terasa kehilangan yang teramat besar, kan?

Tapi masa orang yang kita sayang itu masih ada bersama kita, masih menghirup udara yang sama, adakah kita menghargai saat-saat itu? Ada tak kita ambil masa untuk mengucapkan kata-kata sayang padanya? Pernah tak kita merenung wajahnya, sambil mengingati setiap bentuk rupa wajahnya? Atau pernah tak kita meminta maaf dengan seikhlas-ikhlasnya?

Rasanya ramai yang tak berpeluang membuat perkara-perkara di atas. Sebabnya kita rasa kita masih ada banyak masa lain untuk berbuat begitu. Atau mungkinkah kita menunggu saat orang itu terlantar sakit di atas katil, atau saat malaikat sudah mahu menjemputnya? Tapi tidak ke kita pernah terfikir, orang yang kita sayang itu boleh pergi dalam sekelip mata. Ataupun, mungkin kita yang akan pergi meninggalkan mereka?

Jadi, marilah menikmati dan menghargai masa yang kita ada bersama dengan orang tersayang ini dengan sebaik-baiknya. Kerana kita tidak tahu bila kita akan ditinggalkan, ataupun mungkin kita yang akan meninggalkan


SUKA ? LIKE jer :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...